Semalam saya hantar kekasih hati pengarang jantung saya ke terminal. Rutin saya setiap malam Isnin. Rutin yang paling saya tak suka! Jangan salah anggap, bukan benci utk menghantar kekasih hati sendiri, tetapi rutin ini saya perlu buat dalam keadaan yg amat-amat terpaksa. Yelah, siapa yang akan gembira kalau terpaksa berpisah..ye kan?
Sedang saya melayan perasaan sendiri, sambil memandu kereta kancil 650 (yang banyak berjasa) dan mendengar siaran ERA , hati yang tadinya sedih,sayu,hiba...bertukar emosi. Bila saya mendengar lagu tema episod GABAN masa saya kecil-kecil dulu. Nak tergelak pun ada. macam mana ERA leh siar lagu Gaban ni. Mungkin ERA dah lama siar lagu ni, disebabkan saya yang tak berapa minat dengan format stesyen radio kontemporari masa sekarang, jadi saya memang jarang layan stesyen-stesyen sebegini.
Mungkin ada antara kita yang dah lupa siri kegemaran dulu-dulu ni. Seingat saya waktu tu saya hanya berumur 6 tahun. Saya selalu berangan Go, (hero yg bertukar jadi gaban) adalah hero saya. Jadi penyelamat kalau ada apa-apa bencana,musibah :) Yang pastinya, saya memang akan melekat di depan tv sehingga tamat episod. Kadang-kadang termimpi-mimpi. Apa yang menarik sangat ye?
Untuk sama-sama kita mengimbau semula siri kegemaran ni, saya uploadkan video lagu ini. Jom sama-sama kita layan :)