Saturday, November 1, 2008

.:berkongsi rasa:.

Air mata saya senang saja mengalir setiap kali singgah di sini,
walaupun saya tidak pernah mengenali mereka,
Saya tau, sedih saya hanya sekelumit, jika dibandingkan dengan rasa sebenar ibu dan ayah Amir yusuff..
Doa saya,
semoga Amir Yusuff akan terus kuat meneruskan perjuangan,
memberi sinar buat insan-insan tabah di sekelilingnya..
terus tabah Amir Yusuff..

Wednesday, October 22, 2008

.:10 tahun nan indah:.

Tahun ini genap 10 tahun perkenalan saya dengan suami. 10 tahun, satu tempoh yang lama dan cukup utk kami bina keserasian. Tapi waktu bukanlah pengukur. Kami masih sama-sama berusaha mengekalkan persamaan, keserasian, dan terus kukuhkan kasih sayang kami :) Namun, saya gembira kerana saya berkongsi saat manis dan pahit zaman remaja, zaman belajar, kerja dan sehinggalah sekarang, bersama orang yang paling saya cinta! Setiap perubahan fasa kehidupan saya, saya lalui bersama orang yang paling saya sayang. Daripada bermulanya zaman belajar dan berjauhan dengan keluarga, menerima segulung ijazah, bermulanya kerjaya saya, memasuki alam rumahtangga ..dan sehinggalah sekarang, menerima cahayamata.
Biarlah keserasian,persamaan, kasih sayang ini berterusan, bukan hanya hingga hujung nyawa, tapi lebih daripada itu. InsyaAllah.

Monday, October 20, 2008

.:Syukur saya.. (this part of my life is called happiness) :.

Alhamdulillah,
setiap rasa gusar, bimbang, dan segala rasa yang tidak sepatutnye, hilang bila saya dianugerahkan seorang puteri yang comel. Hilang rasa penat berulang alik ke klinik, lenyap rasa kecewa bila setiap keputusan pemeriksaan kesihatan tidak seperti yang diharapkan.Syukur saya panjatkan pada yang Esa.

Setiap pengalaman melahirkan yang saya dengar dan baca sebelum ini begitu terkesan dalam hati dan sehinggakan saya takut utk menghadapinya sendiri..Andaian yang bukan-bukan dan rasa risau begitu memberatkan pemikiran. Tidur saya tidak lagi lena dan doa sentiasa meniti dibibir. Nasihat suami, supaya saya berhenti mengeluh, dan berdoa supaya segalanya berjalan lancar..

Puteri kami, Nur Damia Delisha Binti Abd Rahim selamat dilahirkan tepat 11.35 pg, 29 Ramadhan 1429 H/29 Sept 2008. Alhamdulillah, pengalaman melahirkan yang saya hadapi tidak sesukar yg saya fikir dan bayangkan. Dengan pertolonganNya, dengan redha suami dan ibu tercinta dan doa daripada semua, saya dapat menghadapi dan merasai sakit melahirkan dengan tenang.

Sekarang, rutin harian saya berubah. Waktu tidur petang saya tidak lagi panjang seperti sebelumnya. 20 minit cukup, sekadar untuk merehatkan diri. Waktu tidur malam juga . Ingat pesan mak,"..dah ada anak ni, jangan haraplah boleh tidur lena.." Saya juga ingat pesan suami. Jangan mengeluh! Walau apa pun, saya akui pengalaman menguruskan Damia begitu mengujakan..biarlah tidak cukup tidur, biarlah penat berdiri mendodoikannya..
Saya juga dapat dalami perasaan ibu-ibu yang lain..terutama mak! Bagaimana risaunya bila si Comel tidak berhenti menangis, bagaimana bimbang bila keadaannya nampak tidak begitu sihat, risau bila fikirkan adakah dia selesa? Ya,seboleh-bolehnya saya ingin berikan yang terbaik untuk Damia..terbaik daripada segala segi..

Syukur saya sentiasa,
InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar, doa saya dan suami supaya dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kami pelihara anugerah dan tanggungjawab yang dikurniakan ini sebaiknya. Ibu dan ayah sayang Damia :)

Monday, September 15, 2008

.:Penawar Jiwa:.


Wahai Tuhan ku yang Esa..
Bila kenangkan qaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksaMu
HambaMu rasa, berputus asa
Siapakah yang dapat bersihkan diri
dari segala, dosa yang memburu
setiap hari ..setiap ketika..

Tika mengenang ghafarMu
putus asa tiada lagi
semangat ku pulih semula
harapanku subur kembali
ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup menerus perjuanganku
mehnaMu itu penghapus dosaku
pengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harus ku bermohon
Moga syukur ku bertambah..
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak melihat kebenaranMu..
Ya Allah Tuhanku
bantulah hambaMu
dalam mendidik jiwaku ini..

Friday, August 29, 2008

.:Rumah Baru Kami:.

Kami dah selamat berpindah. Kuarters di presint 18, Putrajaya. Saya suka rumah baru kami. Walaupun tak sebesar mana, tapi saya yakin kami tentunya lebih gembira. Rumah kami tinggi. Tingkat 7. Tak perlu risau sebab tak perlu menapak tangga :) Alhamdulillah, malam pertama di sana kami adakan bacaan yassin dan solat jemaah. Keluarga saya dan suami pun ada sama. Harapan kami semoga ini merupakan kesinambungan yang lebih baik kepada kehidupan kami , InsyaAllah. Ini persinggahan juga..sementara kami berpindah ke rumah sendiri nanti :)

Matahari naik dari balkoni. Mak cakap, rumah ada cahaya matahari naik, bagus :)!


.:Jalan Jalan Cari Air Kelapa:.

Ramai yg bgtau, hujung-hujung kehamilan ni elok minum air kelapa. Tujuannya untuk cuci baby..so dia lahir nanti bersih je..Wallahua'lam..tapi disebabkan petua, memang kerap saya minum air kelapa kebelakangan ni.. Hujung minggu lepas ajak suami ke Warong Mok Na di Tanjung Lumpur..saja nak minum air kelapa sambil makan keropok lekor. Ramai betul pelanggan..nasib baik ade yang perasan ibu mengandung tengah menunggu meja..so dasar keperihatinan pembantu warong tu..dia bukak meja utk kami :) Dah duduk tu semua benda nak makan..sata la, keropok, kuih bulat-bulat (tak tau nama apa..inti ikan heheh)..nasib baik dah petang..kalau tak sotong goreng tepung pun kitorg order :)


Air kelapa muda RM3


keropok sagu rm3

makan sampai bekerut kening hohohoh


.:My hubby without me:.

Last school holiday,had no chance to hangin' out with my husband like usual. Got many works to do here..BSP test, PTK..hmm So we just did our own separated schedules..






snap snap..Malaysia International fireworks competiton @ Putrajaya. Snapped by amatur photographer ..my hubby



vegetables vegetables @ MAHA 2008

Hubby with mak n ayah @ MAHA 2008

say cheeseeee .. Cow @ MAHA 2008


Feel Free to visit the blog

Tuesday, August 19, 2008

.: My favourite..but need to be avoided :( :.

due to my high level of glucose , I recently need to say bye bye to all of my favourite choc, ice cream,dish and cuisine :(

mmmmm..doughnut of any flavour


my favourite..kueh ketayap..nyum nyum


moist chocolate cake and..cadbury choc..indeed!!


teh tarik..for breakfast..huhuhuhu


Monday, July 14, 2008

.:Re-called:.

Semalam saya hantar kekasih hati pengarang jantung saya ke terminal. Rutin saya setiap malam Isnin. Rutin yang paling saya tak suka! Jangan salah anggap, bukan benci utk menghantar kekasih hati sendiri, tetapi rutin ini saya perlu buat dalam keadaan yg amat-amat terpaksa. Yelah, siapa yang akan gembira kalau terpaksa berpisah..ye kan?

Sedang saya melayan perasaan sendiri, sambil memandu kereta kancil 650 (yang banyak berjasa) dan mendengar siaran ERA , hati yang tadinya sedih,sayu,hiba...bertukar emosi. Bila saya mendengar lagu tema episod GABAN masa saya kecil-kecil dulu. Nak tergelak pun ada. macam mana ERA leh siar lagu Gaban ni. Mungkin ERA dah lama siar lagu ni, disebabkan saya yang tak berapa minat dengan format stesyen radio kontemporari masa sekarang, jadi saya memang jarang layan stesyen-stesyen sebegini.

Mungkin ada antara kita yang dah lupa siri kegemaran dulu-dulu ni. Seingat saya waktu tu saya hanya berumur 6 tahun. Saya selalu berangan Go, (hero yg bertukar jadi gaban) adalah hero saya. Jadi penyelamat kalau ada apa-apa bencana,musibah :) Yang pastinya, saya memang akan melekat di depan tv sehingga tamat episod. Kadang-kadang termimpi-mimpi. Apa yang menarik sangat ye?
Untuk sama-sama kita mengimbau semula siri kegemaran ni, saya uploadkan video lagu ini. Jom sama-sama kita layan :)

Tuesday, July 8, 2008

.:My life..recently:.

I'm now 28 weeks pregnant. Not a long way more to go. Alhamdulillah, everything goes smoothly and how gratefull knowing my baby is ok inside the womb. My work? i've been busy to settle down few things as they need to be completed before taking long leave. Due to my good condition during this third trimester, can say that everything goes smoothly as well.
We've been decided to move out this early August. So there're so much things to be done. My hubby is the busiest person rite now. He need to pack things by himself without me there to help him. .ouh, cleaning and packing things alone. Imagine that.We'll move into our new home. Lil' bit 'compact' compare to the previuos one. I'll upadete bout his soon.
Our preparation for baby D is on the way. We bought clothes, pillows and comforter. Glad to see our 'ayah to be' was busy choosing, preparing and bargain for few things. But there are still more stuffs to buy. They need to be listed or we'll buy everything ..i mean every single thing , needed or not ..lol! whatever it is, buying baby stuffs is a new thing for us..we're very excited..as we'll enter another phase of life..parenthood :) Hopefully, our dream will come true..always pray for that.. InsyaAllah..hope baby D and me will get through this last trimester successfully and born heallthy.
What else? That's all i think..see ya'll in another post..challo!

Friday, June 27, 2008

.:my baby development:.


At 26 weeks pregnancy stage, you are in the last period of the second trimester of pregnancy. By now, there are obvious and prominent physical changes in your body. During the 26 weeks pregnant stage, you can find your uterus nearly 2.5 inches above your navel. The expectant mother will have a noticeable bulge of the tummy and she may be experiencing Braxton Hicks contractions on a regular basis. These contractions are a normal occurrence at this stage and they resemble menstrual cramps. Generally, Braxton Hicks contractions are painless and they prepare the body for upcoming delivery and labor pains. The expectant mother might be distressed due to weight gain, slight rib pains, heartburns, cramps and muscle stretches. If you feel that the pain or discomfort is persistent or unusual, then consult the doctor immediately.

The expectant mother must keep a track of baby’s development by going for regular antenatal medical check ups. At this stage you might be due for anti tetanus and other vaccines, so consult the doctor regarding the same. Now is the time, when the mom to be can start planning baby’s nursery and baby care. This is the stage when the expectant mother must take adequate rest. Light exercises and yoga help in calming agitated nerves and aid relaxation. Indulging in light workouts will help the woman to alleviate certain pregnancy related problems. It will also help the pregnant woman in easy handling of labor during childbirth. The mother to be must take good care of herself for ensuring good development of the baby.

Baby’s Development

The baby’s development is going on at a steady rate during the 26 weeks pregnant stage. The baby’s approximate length is about 9 to 10 inches. This is the crown to rump length and it does not include the measurements of the legs. The baby will approximately weigh around 2 pounds at the 26 weeks pregnant stage. The baby’s eyelids were shut for the past month. During the 26th week of pregnancy, baby will start opening and blinking his eyes. The development of baby’s eyes is nearly completed by now. The eye color of all babies in mother’s womb is blue and will change later in life. Some babies are born with a darker shade of blue and others are born with a lighter blue shade. The baby will now start putting on fat layers till the time of birth. Presently the baby is still lean.

The baby during 26 weeks pregnant stage resembles a normal baby. The main fetal developments that take place now are that the baby develops good sense of touch and begins responding to touch. The baby’s heart has started pumping blood. The lungs start developing blood vessels. The baby starts making breathing movements. Simultaneously, you can see that the baby replaces the amniotic fluid per hour. Baby’s circulation system becomes totally functional. The umbilical cord grows and thickens as blood is strongly flowing through the body for nurturing the baby. The size of the placenta becomes equivalent to baby’s size. Finger nails and toe nails are growing steadily. The baby has short eyelids and eyebrows at this stage. If the baby is a boy, then the testicles will move down into the scrotum now.

Recently, my baby kicking so much!Cant tell ya how glad to feel that .. :)

Tuesday, June 17, 2008

.:Renungan:.


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Monday, May 19, 2008

.:Love Has No Reason:.

Lady: Why do you like me..? Why do you love me?
Man: I can't tell the reason.. but I really like you..
Lady: You can't even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me?
Man: I really don't know the reason, but I can prove that I love you.
Lady: Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!
Man: Ok..ok!!! Erm... because you are beautiful, because your voice is sweet,because you are caring, because you are loving, because you are thoughtful, because of your smile, because of your every movements.

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became a vegetable. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:

Dearest,Because of your sweet voice that I love you...Now can you talk? No! Therefore I cannot love you. Because of your care and concern that I like you.. Now that you cannot show them, therefore I cannot love you. Because of your smile, because of your every movements that I loveyou.. Now can you smile? Now can you move? No, therefore I cannot love you...If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore. Do love need a reason? No! Therefore, I still love you...And love doesn't need a reason
---------------------------------------------------------------------------
[:) someone asked me..the same question as the girl asked? I really can't answer that. Yes! Love has no reason at all..And absolutely, I love him for no reason..]

Friday, May 16, 2008

.:Bila Bunga-Bunga Berguguran:.








Terasa seperti di Jepun? ..atau di mana-mana sahaja asalkan bukan di Malaysia?Sebenarnya, ini adalah pemandangan di belakang sekolah saya, di Kuantan. Ada sebatang pokok yang saya tak tahu namanya..erk!? Rasanye, seingat saya, hampir 4 tahun saya di sini, ini adalah kali pertama pokok ini mengeluarkan bunga yang cantik..sebelum ini mungkin ada, tetapi belum cukup untuk memukau pandangan saya, dan mungkin juga orang lain. Mungkin bunganya tidak sebanyak sekarang. Apa-apa pun, saya suka dan asyik bila lihat pokok ini berbunga seperti sekarang :)

Tuesday, May 6, 2008

.:Pregnancy Check up~part I:.

Hari ni ke klinik kesihatan lagi sekali. Appoinment hari ni just utk scan baby. Timbang berat, turun 1 kg. Sepatutnya, mantain or makin naik due to baby's growth. But as I did controlled my appetite, the nurse wasnt too worry. They said, thats normal.
Tunggu tak lama..around 3.30 ptg masuk bilik for regular checkup. I did mention to them, today is just for the baby scanning. Mayb diorg tak dgr, or tak faham or pape je lah..diorg still buat regular checkup. checked my blood pressure, checked baby's heart beat, bagi nasihat skit2 (due to the high glucose) . They said that I need to see dietitian..owhhh..They also said, my baby is like 22 weeks old...due to the measurement of my tummy. Then, I told them my due will b on 28th of september and the baby is impossible that old. Then they wrote something in my card..just afta that, one of the nurse realized that they were wrong, sepatutnye appoinment just utk scan, and we all dah buang masa buat health check up..hahah..terus kelam kabut suruh ke makmal sebab waktu tu dah nak dekat 4.30 pm. But if it wasnt a mistake, saya mungkin tak dapat dgr heartbeat baby saya tadi..dup dap dup dap..exiting momment :)
Saya terus ke lab, masa tu diiorg dah kemas-kemas nak balik..saya hulur borang, thenn terus kena ambik darah kat lengan..lama jugak dia cucuk-cucuk jarum tu nak cari urat..aduii makk..punya la seram..sakit jugak...nasib darah nak keluar..Saya tanya ini untuk apa pulak..dia kata ini untuk check kandungan gula dalam darah utk tempoh 3 bulan lepas..so memang tak leh nak tipu lah kot..cuak jugak..mcm mana keputusannye nanti..dia kata mayb next appoinment baru boleh tau..so redha je lahh..
Then bergegas ke tempat doctor pulak..ade 3 org lagi sebelum saya, sempat jugak tunggu sampai darah kat lengan berenti..rasa lenguh juga..Doktor pon mood dah nak balik kot..kalau tak sebab tersilap tadi sure dia dah bleh kemas2..hehe..So far, Alhamdulillah syukur, my baby is growing :)
Yang tak sedapnye, doc bagi lagi 1 borang...they need my blood sample again and this time is for GDM diagnose..ohoo..ape benda pulak tu? Saya nak tanya lebih2 diorg dah mcm nak balik..busy je dlm bilik doc tu..so, saya terus ke kaunter n tanya nurse yg ada kat situ (nurse tu pon dah tukar costume nak balik..huhu)
"saya nak buat appoinmet utk GDM"
"ok..leh pergi makmal darah, buat appoinment"
Saya dengan langkah tak bermaya nye, (sbb tak makan lagi since balik sekolah tadi ) terus ke makmal, ..alih-alih makmal dah berkunci..masa tu belum pukul 5 pm lagi..biar betul diorg ni..
"saya dah pergi makmal, tapi dah kunci"
"eh...ye ke? Belum pukul 5 lagi"
"saya tak tahu, tapi betul-betul dah berkunci"
"okey la..saya letak terikh 12 Mei ni..Isnin depan..kalau org makmal tanya cakap nurse Ku***ah yang bagi date ni..sebab makmal dah berkunci sebelum pukul 5 ptg"
Saya senyum, dia pun senyum...
Then saya balik..perasaan saya bercampur baur..rasa seronok tadi dgr hearbeat baby, rasa seronok bila doc bgtau everything's just fine..sambil tu, saya takut untuk terima keputusan ujian darah saya tadi..dan keputusan ujian darah isnin ni..
That's my story..and how yours ? ;)

Monday, May 5, 2008

.:Demam:.

Hari ni cik abang saya demam lagi. Seingat saya lepas saya pegnant ni, dah beberapa kali juga cik abang tak sihat. Pembawakan kot :) Tapi hari ni dia rest di rumah. Tak payah pergi kerja sebab dapat mc 1 hari. Syok nyee :)

Thursday, May 1, 2008

.:Our Pet Cat:.



Selain main-main dengan kaki orang
dia ni suka panjat-panjat tempat tinggi
lepas tu tak reti nak turun. Buat muka
kesian atau keluarkan bunyi menagih
simpati suruh orang tolong.
Tabiat dia jugak, kalau senja sure
nak masuk rumah. Kitorang baru perasan,
kalau dia kat luar dia akan buat bunyi kat
pintu supaya kitorang bukak pintu..
kadang-kadang panjat grill, kadang
kadang laga badan kat pintu,
yang penting org perasan yang dia
nak masuk rumah..Kelakar jugak!
Sekarang pun dia dah pandai ' excrete
and defecate' (kalau tak faham rujuk
kamus) dalam rumah dia. Selagi tak
masukkan dalam rumah dia, dia takkan
buang merata. Dia pandai carik pasir
sendiri.

Wednesday, April 30, 2008

.:Jalan-Jalan Cari Batu Sungai:.

Ahad lepas kitorg sekeluarga ke Sg Lembing. Ikut abah cari batu sungai. Tak pernah pergi pun ke sana sebelum ni. Asyik dengar org bercerita je. Memang pada mulanya tak terbayang macam mana keadaan dan suasana kat Sg Lembing ni. Macam-macam dalam fikiran. Tak terbayang.

Jauh jugak perjalanan. Adalah lebih kurang 30 KM. Bertolak pukul 2.30 ptg (tak sempat tidur lepas makan tghari huhuhuh) Kiri-kanan ade kelapa sawit, pokok getah dan kg-kg. Lebih kurang 3.00 pm sampai le kitorg.Rupa-rupanya tempat ni cantik, tak macam yg digambarkan! Sebelum sampai tadi, ade lalu sungai jugak tapi airnye keruh. So memang dok imagine air Sg Lembing ni sure keruh jugak. Tapi memang meleset, airnye jernih, memang sesuai untuk mandi manda.
Masa kitorang sampai tu dah byk kereta. Ni memang port diorg mandi manda kot. Mamat-mamat motor pun ramai gak. Kitorg park kreta tak jauh dari tebing sungai. Cuaca pun ok..tak panas , tak mendung..sedang-sedang aje. Memang sesuai sangat untuk aktiviti yang bakal kitorg buat ni..cari batu sungai!


Sebelum pegi tadi memang dah bawak baju spare. Tak niat nak mandi pun, mana tau time cari batu tu terjatuh ke..ape ke..so, bwk baju lebih. Cik abe tak bg mandi sebona eh!kuikui..Tapi bila sampai kat tempat ni terus rasa nak terjun je..eii syiok2..Yang kelakarnye, ina my sis, memang tak bwk baju pun, dia siap melawa macam nak pegi shopping complex! Alih2 dia yg masuk dulu dalam air, dengan baju ala-ala nak p dating tu dia berendam dalam air dulu..mengalahkan org yg dah bwk baju spare..
Saya pun tak ketinggalan. Berendam jugak. Cari batu tak byk mana pun. Tak macam cik abg saya. hehe Dapat banyak hasil jugak. Penuh la 2 baldi. Cantik-cantik batu sungai ni. Untuk landscap memang sesuai sangat. Ada jugak orang lain yang datang ke sini dan buat aktiviti yang sama macam kami. Air kat sini deras tapi cetek. Kat dasar sungai penuh dengan batu. Kitorang just cari batu yang unik dan hitam. Kalau beli kat giant RM2 kot. Takpun lebih. Kat sini boleh dapat free je. Tapi niat kena betul le kot..hehe..ramai yang pesan cam tu. Ye la, takut jugak ambik apa-apa dari tempat-tempat yang macam ni. So far, Alhamdulillah, takde pulak perkara mistik yang jadik kat kitorg :) Tak boleh percaya sangat. Nanti leh jatuh syirik pulak.
Yang betul-betul cari batu just cik abang, abah dan adik saya hisyam. Yang lain rasanye lebih syiok mandi. Mak just duduk kat tebing. Tgk gelagat anak-anak and menantu dia..huhu..Pemerhati je. Tgk jugak gelagat org lain. Mat-mat rempit a.k.a mat-mat motor yang datang memang orang sini kot. Sebab, memang diaorg buat mcm tempat diorg je. Terjun dari pokok la, bising-bising la..tapi asal tak kacau aktiviti kitorg, no problem kot :)


Kitorg kat sana sampai pukul 5 ptg. Tak puas , tapi ingat jugak 'keadaan diri sendiri' Takkan nak mandi sampai tak ingat dunia kot..Hari pun macam nak hujan je..so decided to pack off..2 baldi dan 1 bakul kecik..banyak jugak batu-batu sungai yang terkumpul. Berat jugak. So, kena bahagi 2 kereta. Mana nak bawak org lagi, mana nak angkut batu sungai tu lagi..hehe..nasib jugak bawak 2 kereta tadi. Lepas mandi perut pun lapar. Ye la, tadi sebelum pergi tak ingat nak bawak bekalan, alih-alih lepas mandi masing-masing kebulur..pakat minum air kosong je :) Sebelum balik rumah, sempat jugak pusing-pusing pekan Sg Lembing yang dulunya terkenal dengan pusat perlombongan. Pekannya kecik je tapi ramai jugak komuniti. Ada muzium, nak singgah tapi dah lewat dan dah tamat pun masa lawatan.

Sampai sini aje cerita saya. Enjoy the pics and video and imagine how beautiful the place is!

Tuesday, April 22, 2008

Oral Glucose Tolerant Test (OGTT)

I did monthly checkup just now...before this I always bare in mind not to take foods before the procedures . But not today. I had Nescaffe Ice, fried rice and a sandwich for breakfast, and had a plate of rice with gulai ikan tenggiri for lunch, plus 2 slices of bread with kaya..and 3 bites of cadbury Choc biscuit!

After had my urine test, they notticed something was goin wrong..and directed me to do the blood test straight away. The result was so bad..I got 4 plus for glucose and that indicates that i might have diabatic problem. I was so nervous and felt guilty for not taking seriously about what hv been said.

They asked me to control my diet. Ohooo...I always did but, dont know why i ate sooo much today!..aiiyooo

Tomorrow rather be more difficult day to be faced! I need to do the OGTT and I feel very nervous bout the result. If I really have diabetes , ... think bout my baby, myself..uhuhu..urghh..

Hopefully everything is gonna b fine for tomorrow, I really hope..InsyaAllah

Thursday, February 28, 2008

lama..lama..lama

lama betul tak update blog..nantilah, bile ade mase terluang, saya akan menulis semula..byk benda nak dikongsi. ..

nak tulis pasal PRU saya tak pandai, kang silap tulis kena tahan ISA..jadi saya baca sajelah ..tak payah tunjuk handal.. :
)

Saturday, January 19, 2008

Mi Kuning dan Asid Borik



Kesan asid ‘mi darah’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Perang terhadap produk mi dan kuetiau menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya asid borik.

Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar ‘mi darah’.

Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar menjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.

Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan asid benzoik walaupun mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.

Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser dan menjadi antara punca lelaki mandul.


uhuuuu..saya baca muka depan harian metro. Geli tengok mi kuning yang bertukar jadi warna darah. Rasa dah serik nak makan mi kuning. Walaupun hal ni memang banyak kali dah dibangkitkan, ada sesetengah pengilang mi masih degil menggunakan asid-asid ini yang memang ternyata boleh menyebabkan KANSER.

Petang tadi abah decide utk masak mi hailam. Mi hailam? Memang perlu guna mi kuning. Tadi baru terbaca pasal mi kuning..Tanpa buang masa, mak terus jalankan eksperimen. Bancuh air kunyit dan rendam mi kuning ke dalamnya. Tunggu 5 minit dan..taddddaaaaaa....di bawah ini adalah hasilnya ! ewwww!




Ajaib ..memang ajaib. Terus rasa mual tekak...Abah tengok, geleng kepala dan..minta adik lelaki saya beli 3 bungkus mi kuning yang lain..Sekali lagi eksperiman dijalankan..dan hasilnya sama! Nak tak nak, abah masak juga mi asid borik tu..dan jadilah ianya mi hailam. Saya tak tahu siapa yang makan, tapi..saya sudah tentu tak lalu!

Lepas ni kalau terasa nak makan mi goreng atau mi rebus atau apa-apa jenis masakan mi, saya perlu pastikan mi tersebut adalah daripada jenis mi lidi (yang keras), mi siput (yang bergulung macam siput), mi maggie ( 5 minit je rendam) atau..spaghetti(ala-ala barat lak)...tak pun makan aje bihun :)

Kejam betul diorg ni..tak tau berapa banyak asid-asid merbahaya ni saya dah telan :( Lagi-lagi saya memang penggemar mi goreng telur mata! Adussss............

Wednesday, January 16, 2008

Batik

Lokasi : Dalam bilik guru
Masa : Semua bersiap2 nak balik....

GPK 1 : Pengumuman, esok semua orang wajib pakai baju batik!!
Puan A : eh, semalam baru je pakai baju batik (15 aribulan) tak basuh pun lagi. Mana sempat!
Puan B : Haah betul. Aku pakai kain batik je boleh?
Puan C : Ehh, kenapa pulak. Baru je kan pakai?
GPK 1 : Arahan GB..korang pakai je.Wajib, Ulang..WAJIB!!ingatttt..baju batik tau bukan kain batik
Saya : Err..kak, saya pakai baju kurung kosong takde corak, pakai kain corak batik ok ke?
Puan A: Ko belasah je,, asalkan batik, Kalau orang tanya ko jawab je 'inikan batik juga'
Saya : Saya ada batik tapi macam tak batik, corak geometri ..leh terima ke?
Puan Z : Tu batik kontemporari..ok ler dari takde


Sunday, January 6, 2008

Geng Bas Sekolah


Geng Bas Sekolah.
Kisah budak-budak sekolah yang ditayang di astro ceria
setiap hari Ahad pukul 11 pg.

Saya pada mulanya memang tidak ambil tahu langsung pasal 
rancangan ini.
Sehinggalah dalam minggu ini, saya lihat adik bongsu saya  terpaku depan tv. 

Episod yang saya sempat lihat baru-baru ini berkisar tentang sukan. 
Meily, nama watak dalam cerita tu,
seorang budak perempuan menghadapi bagai-bagai halangan sebelum terpilih  menjadi seorang pemain bola jaring sekolah. 
Jalan ceritanya bagus.
Lebih-lebih lagi banyak nilai murni diterapkan.
 Jadi, memang sesuai ditonton oleh
 budak-budak sekolah. Nilai persahabatan, kerja sama, hormat menghormati.

 Selain tu, watak abang Mat yang dilakonkan oleh  Buzen memang 
banyak menceriakan cerita. 


Saya teringat zaman sekolah rendah saya. Sebut pasal bersukan,
saya hanya berpeluang menjadi wakil sekolah semasa saya di SK Paya Pasir, Temerloh, Pahang.
Sebelum ni, di sekolah-sekolah yang lain (saya selalu bertukar sekolah rendah, mengikut ayah)
saya mungkin tidak begitu menonjol. Di SK Paya Pasir, saya pun tidak menyangka berpeluang mewakili sekolah dalam acara
 olahraga, bola jaring dan bola baling. 

Waktu itu, murid yang berjaya mewakili sekolah 
merupakan murid yang betul-betul terpilih. 
Bangga juga ye! 


Bukan sahaja itu, 
di sekolah ini juga saya terpilih menyertai
 badan pengawas yang sebelumnya jawatan  ini memang sedikit pun 

tidak pernah saya impikan

Merasa juga pakai baju lain warna ye!
Saya berpindah ke SK Paya Pasir pada tahun 1992, tahun UPSR. Teringat kawan-kawan lama. Madinah, Atie, Siti, Kamarul, Rasyid..
Waktu petang adalah waktu yang paling seronok.

Habis sekolah, jika ada aktiviti sukan saya tidak pulang.
Tunggu di sekolah sambil makan bekal yg di bawa.
Kadang-kadang ikut Siti balik ke rumah. Rumah saya dengan sekolah jauh.
Lagi-lagi terpaksa naik bas tambang. Berdua dengan adik saya,
Ina yang waktu itu baru darjah 4.

Kadang-kadang sebelum tunggu waktu aktiviti ko-ko bermula ,
berjalan dalam kampung. Masuk hutan pun pernah !


Latihan bola jaring, bola baling dan olahraga memang seronok.
Main dlm lumpur, tengah panas..
Glamour jugak jadi ahli sukan waktu tu..
Waktu perlawanan sebenar juga seronok.  
Dapat pergi melawat sekolah-sekolah lain dan sempat berkenalan dengan kawan baru.
Seiingat saya hanya 3 buah sekolah yang sempat saya pergi..
sebelum kami sebok dengan UPSR.


Kalau ditulis semua pengalaman saya bersekolah,memang  tidak cukup satu halaman.
Memang banyak pengalaman manis. Apa-apa pun, semua pengalaman ini memang amat-amat berharga dan membantu saya melalui kehidupan!





Friday, January 4, 2008

Yesterday..

see the title? just wanna describe my first busy day at school yesterday. Wake up early for the first time, since my last old schedule,,a month ago..cold because of rainin..like ususal , reached school bout 7.20 am and incharged for the mornin assembly. ,, parents were aroud us! and all the students with clear- white and dark blue uniform. Everyone seemed eager to start everything ..again!

For the first 2 periods, I just sat infront of my laptop and did everything that needed. Printing, copying and everything. Only at 10 a.m i had chance to see all the little fellows. I'll teach them science. They were excited to sit in the classroom and did all the ice breaking. Intoduced myself and showed them all the proper ways to greet teachers. Exciting!

For the next 1/2 an hour, gave little briefing bout the washroom. What they need to do before going out to the washroom. Not only that, the whole procedures need to be explained..weeheeee...how to put off pants, where and how the toliet bowl is...hmm..everything!

while i was busy explaining everything, I notticed one boy was crying..in the silent mode! He was holding a tissue, and busy wiping his tears..hmm...I get close to the boy and ask him why? He didnt aswer and his running tears flow heavier..Everybody else just kept silent and  focusing on him..

I just hold his hand and whispered that everything gonna be fine..Rub his back and just smiled to him. That was the best thing i could do.

The kids were totally good and smart. They even can spell some words.


Imagine how is goin to be,,Sending my own kids to school. Should be very experiencing and exciting moment.
  and sometimes, i just cant wait to face that moment!

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Hari ni masuk tahun baru. Tiada apa yg istimewa utk disambut. Seperti juga tahun-tahun baru yang lepas lepas rasanya. Apa azam saya? Setakat ini yg terfikir, utk menjadi seseorang yg lebih baik dan bertanggungjawab utk kebaikan diri sendiri, seseorang yg paling saya sayang, dan mereka semua di sekeliling saya. lil'  bit typical I guess but Yep! Accepted!

Azam yang lain-lain, saya simpan dalam diari baru saya nanti :)