Geng Bas Sekolah.
Kisah budak-budak sekolah yang ditayang di astro ceria
setiap hari Ahad pukul 11 pg.
Saya pada mulanya memang tidak ambil tahu langsung pasal
rancangan ini.
Sehinggalah dalam minggu ini, saya lihat adik bongsu saya terpaku depan tv.
Episod yang saya sempat lihat baru-baru ini berkisar tentang sukan.
Meily, nama watak dalam cerita tu,
seorang budak perempuan menghadapi bagai-bagai halangan sebelum terpilih menjadi seorang pemain bola jaring sekolah.
Jalan ceritanya bagus.
Lebih-lebih lagi banyak nilai murni diterapkan.
Jadi, memang sesuai ditonton oleh
budak-budak sekolah. Nilai persahabatan, kerja sama, hormat menghormati.
Selain tu, watak abang Mat yang dilakonkan oleh Buzen memang
banyak menceriakan cerita.

Saya teringat zaman sekolah rendah saya. Sebut pasal bersukan,
saya hanya berpeluang menjadi wakil sekolah semasa saya di SK Paya Pasir, Temerloh, Pahang.
Sebelum ni, di sekolah-sekolah yang lain (saya selalu bertukar sekolah rendah, mengikut ayah)
saya mungkin tidak begitu menonjol. Di SK Paya Pasir, saya pun tidak menyangka berpeluang mewakili sekolah dalam acara
olahraga, bola jaring dan bola baling.
Waktu itu, murid yang berjaya mewakili sekolah
merupakan murid yang betul-betul terpilih.
Bangga juga ye!
Bukan sahaja itu,
di sekolah ini juga saya terpilih menyertai
badan pengawas yang sebelumnya jawatan ini memang sedikit pun
tidak pernah saya impikan
Merasa juga pakai baju lain warna ye!
Saya berpindah ke SK Paya Pasir pada tahun 1992, tahun UPSR. Teringat kawan-kawan lama. Madinah, Atie, Siti, Kamarul, Rasyid..
Waktu petang adalah waktu yang paling seronok.
Habis sekolah, jika ada aktiviti sukan saya tidak pulang.
Tunggu di sekolah sambil makan bekal yg di bawa.
Kadang-kadang ikut Siti balik ke rumah. Rumah saya dengan sekolah jauh.
Lagi-lagi terpaksa naik bas tambang. Berdua dengan adik saya,
Ina yang waktu itu baru darjah 4.
Kadang-kadang sebelum tunggu waktu aktiviti ko-ko bermula ,
berjalan dalam kampung. Masuk hutan pun pernah !
Latihan bola jaring, bola baling dan olahraga memang seronok.
Main dlm lumpur, tengah panas..Glamour jugak jadi ahli sukan waktu tu..
Waktu perlawanan sebenar juga seronok.
Dapat pergi melawat sekolah-sekolah lain dan sempat berkenalan dengan kawan baru.
Seiingat saya hanya 3 buah sekolah yang sempat saya pergi..
sebelum kami sebok dengan UPSR.
Kalau ditulis semua pengalaman saya bersekolah,memang tidak cukup satu halaman.
Memang banyak pengalaman manis. Apa-apa pun, semua pengalaman ini memang amat-amat berharga dan membantu saya melalui kehidupan!

No comments:
Post a Comment