Saturday, January 19, 2008

Mi Kuning dan Asid Borik



Kesan asid ‘mi darah’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Perang terhadap produk mi dan kuetiau menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya asid borik.

Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar ‘mi darah’.

Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar menjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.

Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan asid benzoik walaupun mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.

Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser dan menjadi antara punca lelaki mandul.


uhuuuu..saya baca muka depan harian metro. Geli tengok mi kuning yang bertukar jadi warna darah. Rasa dah serik nak makan mi kuning. Walaupun hal ni memang banyak kali dah dibangkitkan, ada sesetengah pengilang mi masih degil menggunakan asid-asid ini yang memang ternyata boleh menyebabkan KANSER.

Petang tadi abah decide utk masak mi hailam. Mi hailam? Memang perlu guna mi kuning. Tadi baru terbaca pasal mi kuning..Tanpa buang masa, mak terus jalankan eksperimen. Bancuh air kunyit dan rendam mi kuning ke dalamnya. Tunggu 5 minit dan..taddddaaaaaa....di bawah ini adalah hasilnya ! ewwww!




Ajaib ..memang ajaib. Terus rasa mual tekak...Abah tengok, geleng kepala dan..minta adik lelaki saya beli 3 bungkus mi kuning yang lain..Sekali lagi eksperiman dijalankan..dan hasilnya sama! Nak tak nak, abah masak juga mi asid borik tu..dan jadilah ianya mi hailam. Saya tak tahu siapa yang makan, tapi..saya sudah tentu tak lalu!

Lepas ni kalau terasa nak makan mi goreng atau mi rebus atau apa-apa jenis masakan mi, saya perlu pastikan mi tersebut adalah daripada jenis mi lidi (yang keras), mi siput (yang bergulung macam siput), mi maggie ( 5 minit je rendam) atau..spaghetti(ala-ala barat lak)...tak pun makan aje bihun :)

Kejam betul diorg ni..tak tau berapa banyak asid-asid merbahaya ni saya dah telan :( Lagi-lagi saya memang penggemar mi goreng telur mata! Adussss............

No comments: