Wednesday, October 22, 2008

.:10 tahun nan indah:.

Tahun ini genap 10 tahun perkenalan saya dengan suami. 10 tahun, satu tempoh yang lama dan cukup utk kami bina keserasian. Tapi waktu bukanlah pengukur. Kami masih sama-sama berusaha mengekalkan persamaan, keserasian, dan terus kukuhkan kasih sayang kami :) Namun, saya gembira kerana saya berkongsi saat manis dan pahit zaman remaja, zaman belajar, kerja dan sehinggalah sekarang, bersama orang yang paling saya cinta! Setiap perubahan fasa kehidupan saya, saya lalui bersama orang yang paling saya sayang. Daripada bermulanya zaman belajar dan berjauhan dengan keluarga, menerima segulung ijazah, bermulanya kerjaya saya, memasuki alam rumahtangga ..dan sehinggalah sekarang, menerima cahayamata.
Biarlah keserasian,persamaan, kasih sayang ini berterusan, bukan hanya hingga hujung nyawa, tapi lebih daripada itu. InsyaAllah.

Monday, October 20, 2008

.:Syukur saya.. (this part of my life is called happiness) :.

Alhamdulillah,
setiap rasa gusar, bimbang, dan segala rasa yang tidak sepatutnye, hilang bila saya dianugerahkan seorang puteri yang comel. Hilang rasa penat berulang alik ke klinik, lenyap rasa kecewa bila setiap keputusan pemeriksaan kesihatan tidak seperti yang diharapkan.Syukur saya panjatkan pada yang Esa.

Setiap pengalaman melahirkan yang saya dengar dan baca sebelum ini begitu terkesan dalam hati dan sehinggakan saya takut utk menghadapinya sendiri..Andaian yang bukan-bukan dan rasa risau begitu memberatkan pemikiran. Tidur saya tidak lagi lena dan doa sentiasa meniti dibibir. Nasihat suami, supaya saya berhenti mengeluh, dan berdoa supaya segalanya berjalan lancar..

Puteri kami, Nur Damia Delisha Binti Abd Rahim selamat dilahirkan tepat 11.35 pg, 29 Ramadhan 1429 H/29 Sept 2008. Alhamdulillah, pengalaman melahirkan yang saya hadapi tidak sesukar yg saya fikir dan bayangkan. Dengan pertolonganNya, dengan redha suami dan ibu tercinta dan doa daripada semua, saya dapat menghadapi dan merasai sakit melahirkan dengan tenang.

Sekarang, rutin harian saya berubah. Waktu tidur petang saya tidak lagi panjang seperti sebelumnya. 20 minit cukup, sekadar untuk merehatkan diri. Waktu tidur malam juga . Ingat pesan mak,"..dah ada anak ni, jangan haraplah boleh tidur lena.." Saya juga ingat pesan suami. Jangan mengeluh! Walau apa pun, saya akui pengalaman menguruskan Damia begitu mengujakan..biarlah tidak cukup tidur, biarlah penat berdiri mendodoikannya..
Saya juga dapat dalami perasaan ibu-ibu yang lain..terutama mak! Bagaimana risaunya bila si Comel tidak berhenti menangis, bagaimana bimbang bila keadaannya nampak tidak begitu sihat, risau bila fikirkan adakah dia selesa? Ya,seboleh-bolehnya saya ingin berikan yang terbaik untuk Damia..terbaik daripada segala segi..

Syukur saya sentiasa,
InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar, doa saya dan suami supaya dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kami pelihara anugerah dan tanggungjawab yang dikurniakan ini sebaiknya. Ibu dan ayah sayang Damia :)