Wednesday, January 14, 2009

.:Rasa saya ~ bercampur-campur:.

Assalamualaikum

hari ni macam-macam rasa yang bertandang

Kelakar
pertama..
Saya tanya murid yang tidak hadir semalam. Kawan dia kata dia tersekat lif. Untuk kepastian saya tanya dia hari ni.. "Mana ada teacher, saya balik Pahang.." hahah..sah kawannya mereka -reka cerita. Tersebar satu bilik guru murid ni tersekat lif semalam. Saya tanya siapa yang mereka-reka cerita (sebab tak hadir ke sekolah atas alasan tersekat lif adalah sesuatu yg baru bg saya !) mereka tuduh seorang murid lelaki yang duduk bersebelahan. Murid yg dituduh pun menjawab .." Saya saja je, sebab saya tau dia selalu main lif kat apartment.."

kedua..
Seorang murid memberitahu,
"cikgu, ayah Hazirah syok kat mak saya"
"Biar betul.."
kami biarkan persoalan dan kenyataan murid tersebut
dan selepas disiasat..barulah kami tahu,
Hazirah dan murid yang memberi kenyataan tersebut adalah saudara kembar tidak seiras
loyar buruk betul!!

Risau
Pagi-pagi sampai office dapat surat untuk hadir Mesyuarat Februari ni. 3 hari 2 malam di Hotel Pearl International, Jln Klang Lama. Perkara pertama yang terlintas adalah Damia, my pretty princess.. Macamana nak tinggalkan Damia esp malam-malam. Bukan menidakkan keupayaan ayah, tapi, risau tetap ada..lebih-lebih lagi Damia menyusu badan..

Pelik
Saya tumpang bilik makan Jabatan tempat saya bekerja untuk menyudahkan kerja-kerja saya. Memandangkan kami sekolah baru, bilik guru yang disediakan adalah untuk sementara dan tidak selesa dan sempit. Sedang saya asyik buat kerja, 2 lelaki keluar dari dalam stor bilik makan tersebut..sambil membela baju, seluar dan rambut. Saya rasa mereka adalah pekerja catering(melihat daripada baju yg mereka pakai)..saya malas nak pikir hal lain, jadi saya anggap je mereka mengular dan baru terjaga dari tidur!

Sunday, January 11, 2009

.:Damia ~ Sunnah Rasulullah:.

Ibu dan Ayah bersyukur dapat menunaikan kekah untuk Damia sempena kenduri Pak De di Penang. Seawal 2 bulan, berkat rezeki daripada Allah, tertunai juga hajat kami. Damia juga bercukur, yang pada mulanya ibu berat hati (sayang dengan rambut lebat Damia), tetapi setelah pujukan ayah dan mengingatkan ini adalah sunnah Rasulullah, ibu berbangga dapat menunaikannya . Rambut damia pun cepat tumbuh semula. Cepat besar anak Ibu !!

Thursday, January 8, 2009

.:berkongsi rasa II:.

:: memori Zulaikha ::

Tidak tahu apa yang perlu dicoretkan,
Saya mengharapkan kita sama-sama dapat berkongsi rasa dengan mereka yang mengalami,
Saya juga teringatkan Damia sekarang..Saya berdoa Allah melindungi Damia dan semua..
Kepada keluarga arwah Zulaikha,
yang pergi tidak mungkin dapat diganti,
Tetapi,
mungkin yang hadir selepas ini dapat sekurang-kurangnya meredakan segala rasa pahit yang pernah tercoret,

Al-Fatihah

Tuesday, January 6, 2009

.:2009:.

Yeah, at last, my first post for 2009.
every single moments , every breath I take.... everything was fine !Damia n hubby r here with me, no sorrow!

I've transfered to SK Putrajaya Presint 18(1). New School, new colleague, new environment..new stuff, new kids..oo my :) for now its easy for me to get through all this and definetly I HAVE to make sure all this "new things" become familiar n easy to handle.

Damia is a good girl. She is in my mind every second. leaving her with pengasuh 5 days a week from 7 to 3..oohoo..i'm a WorKIng Mom :0!!!

Driving in Putrajaya ..
Day before my formal working hours, I drove..with my husband beside me ,holding Damia...Just to get familiar with the roads,juctions, traffic lights..and all..pheww

until me get again,
daahh