Air mata saya senang saja mengalir setiap kali singgah di sini,
walaupun saya tidak pernah mengenali mereka,
Saya tau, sedih saya hanya sekelumit, jika dibandingkan dengan rasa sebenar ibu dan ayah Amir yusuff..
Doa saya,
semoga Amir Yusuff akan terus kuat meneruskan perjuangan,
memberi sinar buat insan-insan tabah di sekelilingnya..
terus tabah Amir Yusuff..
Saturday, November 1, 2008
Wednesday, October 22, 2008
.:10 tahun nan indah:.
Tahun ini genap 10 tahun perkenalan saya dengan suami. 10 tahun, satu tempoh yang lama dan cukup utk kami bina keserasian. Tapi waktu bukanlah pengukur. Kami masih sama-sama berusaha mengekalkan persamaan, keserasian, dan terus kukuhkan kasih sayang kami :) Namun, saya gembira kerana saya berkongsi saat manis dan pahit zaman remaja, zaman belajar, kerja dan sehinggalah sekarang, bersama orang yang paling saya cinta! Setiap perubahan fasa kehidupan saya, saya lalui bersama orang yang paling saya sayang. Daripada bermulanya zaman belajar dan berjauhan dengan keluarga, menerima segulung ijazah, bermulanya kerjaya saya, memasuki alam rumahtangga ..dan sehinggalah sekarang, menerima cahayamata.
Biarlah keserasian,persamaan, kasih sayang ini berterusan, bukan hanya hingga hujung nyawa, tapi lebih daripada itu. InsyaAllah.
Monday, October 20, 2008
.:Syukur saya.. (this part of my life is called happiness) :.
Alhamdulillah,
setiap rasa gusar, bimbang, dan segala rasa yang tidak sepatutnye, hilang bila saya dianugerahkan seorang puteri yang comel. Hilang rasa penat berulang alik ke klinik, lenyap rasa kecewa bila setiap keputusan pemeriksaan kesihatan tidak seperti yang diharapkan.Syukur saya panjatkan pada yang Esa.
Setiap pengalaman melahirkan yang saya dengar dan baca sebelum ini begitu terkesan dalam hati dan sehinggakan saya takut utk menghadapinya sendiri..Andaian yang bukan-bukan dan rasa risau begitu memberatkan pemikiran. Tidur saya tidak lagi lena dan doa sentiasa meniti dibibir. Nasihat suami, supaya saya berhenti mengeluh, dan berdoa supaya segalanya berjalan lancar..
Puteri kami, Nur Damia Delisha Binti Abd Rahim selamat dilahirkan tepat 11.35 pg, 29 Ramadhan 1429 H/29 Sept 2008. Alhamdulillah, pengalaman melahirkan yang saya hadapi tidak sesukar yg saya fikir dan bayangkan. Dengan pertolonganNya, dengan redha suami dan ibu tercinta dan doa daripada semua, saya dapat menghadapi dan merasai sakit melahirkan dengan tenang.
Sekarang, rutin harian saya berubah. Waktu tidur petang saya tidak lagi panjang seperti sebelumnya. 20 minit cukup, sekadar untuk merehatkan diri. Waktu tidur malam juga . Ingat pesan mak,"..dah ada anak ni, jangan haraplah boleh tidur lena.." Saya juga ingat pesan suami. Jangan mengeluh! Walau apa pun, saya akui pengalaman menguruskan Damia begitu mengujakan..biarlah tidak cukup tidur, biarlah penat berdiri mendodoikannya..
Saya juga dapat dalami perasaan ibu-ibu yang lain..terutama mak! Bagaimana risaunya bila si Comel tidak berhenti menangis, bagaimana bimbang bila keadaannya nampak tidak begitu sihat, risau bila fikirkan adakah dia selesa? Ya,seboleh-bolehnya saya ingin berikan yang terbaik untuk Damia..terbaik daripada segala segi..
Syukur saya sentiasa,
InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar, doa saya dan suami supaya dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kami pelihara anugerah dan tanggungjawab yang dikurniakan ini sebaiknya. Ibu dan ayah sayang Damia :)
Monday, September 15, 2008
.:Penawar Jiwa:.
Wahai Tuhan ku yang Esa..
Bila kenangkan qaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksaMu
HambaMu rasa, berputus asa
Siapakah yang dapat bersihkan diri
dari segala, dosa yang memburu
setiap hari ..setiap ketika..
Bila kenangkan qaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksaMu
HambaMu rasa, berputus asa
Siapakah yang dapat bersihkan diri
dari segala, dosa yang memburu
setiap hari ..setiap ketika..
Tika mengenang ghafarMu
putus asa tiada lagi
semangat ku pulih semula
harapanku subur kembali
ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup menerus perjuanganku
mehnaMu itu penghapus dosaku
pengganti hukumanMu di akhirat
Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harus ku bermohon
Moga syukur ku bertambah..
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak melihat kebenaranMu..
Ya Allah Tuhanku
bantulah hambaMu
dalam mendidik jiwaku ini..
Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harus ku bermohon
Moga syukur ku bertambah..
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak melihat kebenaranMu..
Ya Allah Tuhanku
bantulah hambaMu
dalam mendidik jiwaku ini..
Friday, August 29, 2008
.:Rumah Baru Kami:.
Kami dah selamat berpindah. Kuarters di presint 18, Putrajaya. Saya suka rumah baru kami. Walaupun tak sebesar mana, tapi saya yakin kami tentunya lebih gembira. Rumah kami tinggi. Tingkat 7. Tak perlu risau sebab tak perlu menapak tangga :) Alhamdulillah, malam pertama di sana kami adakan bacaan yassin dan solat jemaah. Keluarga saya dan suami pun ada sama. Harapan kami semoga ini merupakan kesinambungan yang lebih baik kepada kehidupan kami , InsyaAllah. Ini persinggahan juga..sementara kami berpindah ke rumah sendiri nanti :)
Matahari naik dari balkoni. Mak cakap, rumah ada cahaya matahari naik, bagus :)!
.:Jalan Jalan Cari Air Kelapa:.
Ramai yg bgtau, hujung-hujung kehamilan ni elok minum air kelapa. Tujuannya untuk cuci baby..so dia lahir nanti bersih je..Wallahua'lam..tapi disebabkan petua, memang kerap saya minum air kelapa kebelakangan ni.. Hujung minggu lepas ajak suami ke Warong Mok Na di Tanjung Lumpur..saja nak minum air kelapa sambil makan keropok lekor. Ramai betul pelanggan..nasib baik ade yang perasan ibu mengandung tengah menunggu meja..so dasar keperihatinan pembantu warong tu..dia bukak meja utk kami :) Dah duduk tu semua benda nak makan..sata la, keropok, kuih bulat-bulat (tak tau nama apa..inti ikan heheh)..nasib baik dah petang..kalau tak sotong goreng tepung pun kitorg order :)
Air kelapa muda RM3
keropok sagu rm3
makan sampai bekerut kening hohohoh
.:My hubby without me:.
Last school holiday,had no chance to hangin' out with my husband like usual. Got many works to do here..BSP test, PTK..hmm So we just did our own separated schedules..
snap snap..Malaysia International fireworks competiton @ Putrajaya. Snapped by amatur photographer ..my hubby
vegetables vegetables @ MAHA 2008
Hubby with mak n ayah @ MAHA 2008
say cheeseeee .. Cow @ MAHA 2008
Feel Free to visit the blog
Subscribe to:
Posts (Atom)






