Wednesday, January 14, 2009

.:Rasa saya ~ bercampur-campur:.

Assalamualaikum

hari ni macam-macam rasa yang bertandang

Kelakar
pertama..
Saya tanya murid yang tidak hadir semalam. Kawan dia kata dia tersekat lif. Untuk kepastian saya tanya dia hari ni.. "Mana ada teacher, saya balik Pahang.." hahah..sah kawannya mereka -reka cerita. Tersebar satu bilik guru murid ni tersekat lif semalam. Saya tanya siapa yang mereka-reka cerita (sebab tak hadir ke sekolah atas alasan tersekat lif adalah sesuatu yg baru bg saya !) mereka tuduh seorang murid lelaki yang duduk bersebelahan. Murid yg dituduh pun menjawab .." Saya saja je, sebab saya tau dia selalu main lif kat apartment.."

kedua..
Seorang murid memberitahu,
"cikgu, ayah Hazirah syok kat mak saya"
"Biar betul.."
kami biarkan persoalan dan kenyataan murid tersebut
dan selepas disiasat..barulah kami tahu,
Hazirah dan murid yang memberi kenyataan tersebut adalah saudara kembar tidak seiras
loyar buruk betul!!

Risau
Pagi-pagi sampai office dapat surat untuk hadir Mesyuarat Februari ni. 3 hari 2 malam di Hotel Pearl International, Jln Klang Lama. Perkara pertama yang terlintas adalah Damia, my pretty princess.. Macamana nak tinggalkan Damia esp malam-malam. Bukan menidakkan keupayaan ayah, tapi, risau tetap ada..lebih-lebih lagi Damia menyusu badan..

Pelik
Saya tumpang bilik makan Jabatan tempat saya bekerja untuk menyudahkan kerja-kerja saya. Memandangkan kami sekolah baru, bilik guru yang disediakan adalah untuk sementara dan tidak selesa dan sempit. Sedang saya asyik buat kerja, 2 lelaki keluar dari dalam stor bilik makan tersebut..sambil membela baju, seluar dan rambut. Saya rasa mereka adalah pekerja catering(melihat daripada baju yg mereka pakai)..saya malas nak pikir hal lain, jadi saya anggap je mereka mengular dan baru terjaga dari tidur!

2 comments:

m i t ch K a said...

ahahahah...
lawakkk laa nak2 murid ko ni onie!
aku suke!

yg part pelikk tuh..
errr.... geliinye!!!.. if thy are actually doing something else!!

purple_butterfly said...

hehe..harap2 tanggapan kite x betul la,geli-gelii