Monday, December 17, 2007

permulaan


Sekejap saja masa berlalu. Kalau lah boleh diberhentikan masa, seronokkan? Rasanya baru shj majlis kenduri adik saya berakhir, baru juga terasa kami menghantarnya ke Tumpat. Sedar-sedar habis 3 minggu saya bersama suami. Cepat betul!

Sekarang saya kembali. Mesyuarat utk permulaan kerja 2008 baru shj selesai tadi. Keseluruhannya, saya berpuas hati...kalau tak puas hati sekalipun, perlu mengiyakan shj, tugas :) byk juga tugas dn tanggungjawab yg perlu sy pikul thn hadapan. Paling besar dan yg paling saya gerun, saya perlu mengajar murid tahun 6, kelas peperiksaan..pheww..bedebar jugak sebab ini kali yg pertama. Takut sekalipun, kena terima dgn positif. Saya anggap ini sebagai permulaan. belajar dr mereka yg berpengalaman.

Selain tu, saya juga diamanahkan utk menguruskan semua data sekolah. diulangi, semua data skolah baik data guru atau data murid. Saya juga takut sebenarnya menerima tanggungjawab besar  ini,  tapi mujur juga thn2 sebelumnya saya sudah biasa mengendalikan segala yg berkaitan. Hm..terima juga dengan positif.

Apa pun, 2008 mungkin tahun yg lebih gembira, bahagia dan permulaan bg saya, suami, keluarga dan semua. Kita mungkin tidak tahu apa yg bakal kita lalui, tetapi perlu berusaha dan bersedia utk menghadapinya :)

No comments: