Saturday, January 19, 2008

Mi Kuning dan Asid Borik



Kesan asid ‘mi darah’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Perang terhadap produk mi dan kuetiau menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya asid borik.

Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar ‘mi darah’.

Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar menjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.

Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan asid benzoik walaupun mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.

Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser dan menjadi antara punca lelaki mandul.


uhuuuu..saya baca muka depan harian metro. Geli tengok mi kuning yang bertukar jadi warna darah. Rasa dah serik nak makan mi kuning. Walaupun hal ni memang banyak kali dah dibangkitkan, ada sesetengah pengilang mi masih degil menggunakan asid-asid ini yang memang ternyata boleh menyebabkan KANSER.

Petang tadi abah decide utk masak mi hailam. Mi hailam? Memang perlu guna mi kuning. Tadi baru terbaca pasal mi kuning..Tanpa buang masa, mak terus jalankan eksperimen. Bancuh air kunyit dan rendam mi kuning ke dalamnya. Tunggu 5 minit dan..taddddaaaaaa....di bawah ini adalah hasilnya ! ewwww!




Ajaib ..memang ajaib. Terus rasa mual tekak...Abah tengok, geleng kepala dan..minta adik lelaki saya beli 3 bungkus mi kuning yang lain..Sekali lagi eksperiman dijalankan..dan hasilnya sama! Nak tak nak, abah masak juga mi asid borik tu..dan jadilah ianya mi hailam. Saya tak tahu siapa yang makan, tapi..saya sudah tentu tak lalu!

Lepas ni kalau terasa nak makan mi goreng atau mi rebus atau apa-apa jenis masakan mi, saya perlu pastikan mi tersebut adalah daripada jenis mi lidi (yang keras), mi siput (yang bergulung macam siput), mi maggie ( 5 minit je rendam) atau..spaghetti(ala-ala barat lak)...tak pun makan aje bihun :)

Kejam betul diorg ni..tak tau berapa banyak asid-asid merbahaya ni saya dah telan :( Lagi-lagi saya memang penggemar mi goreng telur mata! Adussss............

Wednesday, January 16, 2008

Batik

Lokasi : Dalam bilik guru
Masa : Semua bersiap2 nak balik....

GPK 1 : Pengumuman, esok semua orang wajib pakai baju batik!!
Puan A : eh, semalam baru je pakai baju batik (15 aribulan) tak basuh pun lagi. Mana sempat!
Puan B : Haah betul. Aku pakai kain batik je boleh?
Puan C : Ehh, kenapa pulak. Baru je kan pakai?
GPK 1 : Arahan GB..korang pakai je.Wajib, Ulang..WAJIB!!ingatttt..baju batik tau bukan kain batik
Saya : Err..kak, saya pakai baju kurung kosong takde corak, pakai kain corak batik ok ke?
Puan A: Ko belasah je,, asalkan batik, Kalau orang tanya ko jawab je 'inikan batik juga'
Saya : Saya ada batik tapi macam tak batik, corak geometri ..leh terima ke?
Puan Z : Tu batik kontemporari..ok ler dari takde


Sunday, January 6, 2008

Geng Bas Sekolah


Geng Bas Sekolah.
Kisah budak-budak sekolah yang ditayang di astro ceria
setiap hari Ahad pukul 11 pg.

Saya pada mulanya memang tidak ambil tahu langsung pasal 
rancangan ini.
Sehinggalah dalam minggu ini, saya lihat adik bongsu saya  terpaku depan tv. 

Episod yang saya sempat lihat baru-baru ini berkisar tentang sukan. 
Meily, nama watak dalam cerita tu,
seorang budak perempuan menghadapi bagai-bagai halangan sebelum terpilih  menjadi seorang pemain bola jaring sekolah. 
Jalan ceritanya bagus.
Lebih-lebih lagi banyak nilai murni diterapkan.
 Jadi, memang sesuai ditonton oleh
 budak-budak sekolah. Nilai persahabatan, kerja sama, hormat menghormati.

 Selain tu, watak abang Mat yang dilakonkan oleh  Buzen memang 
banyak menceriakan cerita. 


Saya teringat zaman sekolah rendah saya. Sebut pasal bersukan,
saya hanya berpeluang menjadi wakil sekolah semasa saya di SK Paya Pasir, Temerloh, Pahang.
Sebelum ni, di sekolah-sekolah yang lain (saya selalu bertukar sekolah rendah, mengikut ayah)
saya mungkin tidak begitu menonjol. Di SK Paya Pasir, saya pun tidak menyangka berpeluang mewakili sekolah dalam acara
 olahraga, bola jaring dan bola baling. 

Waktu itu, murid yang berjaya mewakili sekolah 
merupakan murid yang betul-betul terpilih. 
Bangga juga ye! 


Bukan sahaja itu, 
di sekolah ini juga saya terpilih menyertai
 badan pengawas yang sebelumnya jawatan  ini memang sedikit pun 

tidak pernah saya impikan

Merasa juga pakai baju lain warna ye!
Saya berpindah ke SK Paya Pasir pada tahun 1992, tahun UPSR. Teringat kawan-kawan lama. Madinah, Atie, Siti, Kamarul, Rasyid..
Waktu petang adalah waktu yang paling seronok.

Habis sekolah, jika ada aktiviti sukan saya tidak pulang.
Tunggu di sekolah sambil makan bekal yg di bawa.
Kadang-kadang ikut Siti balik ke rumah. Rumah saya dengan sekolah jauh.
Lagi-lagi terpaksa naik bas tambang. Berdua dengan adik saya,
Ina yang waktu itu baru darjah 4.

Kadang-kadang sebelum tunggu waktu aktiviti ko-ko bermula ,
berjalan dalam kampung. Masuk hutan pun pernah !


Latihan bola jaring, bola baling dan olahraga memang seronok.
Main dlm lumpur, tengah panas..
Glamour jugak jadi ahli sukan waktu tu..
Waktu perlawanan sebenar juga seronok.  
Dapat pergi melawat sekolah-sekolah lain dan sempat berkenalan dengan kawan baru.
Seiingat saya hanya 3 buah sekolah yang sempat saya pergi..
sebelum kami sebok dengan UPSR.


Kalau ditulis semua pengalaman saya bersekolah,memang  tidak cukup satu halaman.
Memang banyak pengalaman manis. Apa-apa pun, semua pengalaman ini memang amat-amat berharga dan membantu saya melalui kehidupan!





Friday, January 4, 2008

Yesterday..

see the title? just wanna describe my first busy day at school yesterday. Wake up early for the first time, since my last old schedule,,a month ago..cold because of rainin..like ususal , reached school bout 7.20 am and incharged for the mornin assembly. ,, parents were aroud us! and all the students with clear- white and dark blue uniform. Everyone seemed eager to start everything ..again!

For the first 2 periods, I just sat infront of my laptop and did everything that needed. Printing, copying and everything. Only at 10 a.m i had chance to see all the little fellows. I'll teach them science. They were excited to sit in the classroom and did all the ice breaking. Intoduced myself and showed them all the proper ways to greet teachers. Exciting!

For the next 1/2 an hour, gave little briefing bout the washroom. What they need to do before going out to the washroom. Not only that, the whole procedures need to be explained..weeheeee...how to put off pants, where and how the toliet bowl is...hmm..everything!

while i was busy explaining everything, I notticed one boy was crying..in the silent mode! He was holding a tissue, and busy wiping his tears..hmm...I get close to the boy and ask him why? He didnt aswer and his running tears flow heavier..Everybody else just kept silent and  focusing on him..

I just hold his hand and whispered that everything gonna be fine..Rub his back and just smiled to him. That was the best thing i could do.

The kids were totally good and smart. They even can spell some words.


Imagine how is goin to be,,Sending my own kids to school. Should be very experiencing and exciting moment.
  and sometimes, i just cant wait to face that moment!

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Hari ni masuk tahun baru. Tiada apa yg istimewa utk disambut. Seperti juga tahun-tahun baru yang lepas lepas rasanya. Apa azam saya? Setakat ini yg terfikir, utk menjadi seseorang yg lebih baik dan bertanggungjawab utk kebaikan diri sendiri, seseorang yg paling saya sayang, dan mereka semua di sekeliling saya. lil'  bit typical I guess but Yep! Accepted!

Azam yang lain-lain, saya simpan dalam diari baru saya nanti :)