Tuesday, November 20, 2007

Makin busyy

Ahad ni kenduri kahwin adik saya. Saya dan keluarga tentunya makin sebok. Dalampada busy buat persiapan, terpaksa juga ke sekolah. Ada lagi kerja yang perlu dibereskan. Jangan sangka jadi guru mudah! Tapi, saya tidak rasa ke sekolah pagi tadi merupakan satu paksaan. Tidak lansung.  Saya lega bila kerja-kerja saya sempat siap hanya dalam masa 2 hari. Oh ya! semalam pun saya ke sekolah. Abah bising juga..." Kerja kat rumah banyak ni, nak ke sekolah juga?" Saya senyum. Saya tau dia amat faham situasi saya. Kalau mak mungkin tidak faham..tapi, dia tak pernah mengeluh kalau saya masih bekerja dalam waktu yang tak sepatutnya. Seperti juga suami.  

Pulang kerja terus ke dapur. Abah pamer kebolehan masak mi udang hari ni. Saya membantu apa yang patut. Sedap. Tapi saya sudah tidak ingat resepinya. Lepas makan sempat rehat sebentar dan terus mengemas bilik. Bilik saya bersepah! Banyak sawang, susun atur semua benda tidak sekemas dulu, baju-baju juga tidak kemas susunnya. Saya mengemas sampai ke pukul 8 mlm. Penat!

Malam selepas makan ikut adik menempah kek hantaran.  Itupun selepas menolongnnya pasang langsir baru. Penat lagi!Tapi saya ikhlas. Saya tau bagaimana rasa saat2 menghadapi majlis besar sebegini. Saya juga pernah lalui.

Oleh sebab busy sangat hari ni, tidak sempat menelefon sayang saya di sana..



1 comment:

siew said...

tak pe..
nanti bersenang lenang lah bila di KL..haha