Ada 2 pilihan laluan utk sampai ke Besut.Jabor atau laluan biasa, Kemaman. Kami pilih Jabor sebab ramai yang kata boleh jimat hingga 2 Jam! Lagi-lagi kami memang tak pernanh memandu ke sana, mungkin laluan ini betul-betul boleh jimatkan masa.
Jalan Jabor tidaklah berapa elok. Ada kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan. Jalannya pun sempit. Mungkin kerja-kerja itu utk melebarkan jalan. Mungkinlah. Kenderaan lain tidak berapa banyak. Satu, dua..dan kadang-kadang tidak ada lansung. Mungkin awal pagi. Cuti pulak tu! Memang seronok memandu. Tapi bagi yang suka pemandangan yang lebih indah, tak sesuai lalu jalan Jabor ni. Kiri-kanan hanya pokok kelapa sawit.
Ada juga lori-lori yang beratur. Nak tak nak terpaksa juga beratur sekali!
Berhati-hati sudah tentu satu keutamaan.
Ada juga lori-lori yang beratur. Nak tak nak terpaksa juga beratur sekali!
Berhati-hati sudah tentu satu keutamaan.
Sampai di Terengganu lebih kurang pukul 11 a.m. Jauh dan rasa penat. Mujur keluar dari persimpangan Dungun, pemandangan yang tadinya penuh dengan kelapa sawit..diganti dengan pokok-pokok kelapa. Yep, ada pantai! Cantik.. Mujur juga ada byk papan tanda. Jadi, tidaklah sesukar yang difikirkan. Hujan pula turun. Ingat pesan mak abah supaya memandu dgn hati-hati. Jadi kami di kelajuan biasa. Cuma harapan, biarlah sampai sedang-sedang molek di rumah pengantin.
Kami sampai di rumah pengantin lebih kurang 12.30 p.m. Pengantin tengah bersanding..Alhamdulillah..
Sampai di Kemaman ada request utk beli keropok losong dan satar. Keropok lekor kami dah beli awal-awal lagi..tapi berpusing jugak utk cari satar. Maklumla, waktu tu dah pukul 7.00 mlm..mujur ada lagi!
Alhamdulillah, sampai di Kuantan lebih kurang pukul 8.30 malam. Waktu tu masing-masing baru nak makan malam. Memang langkah kanan!!
Memang perjalanan yang jauuhhh dan memenatkan! Tapi saya betul-betul gembira..
Lebih kurang pukul 2.00 pm kami bertolak balik. Singgah solat Zuhur di masjid dan teruskan perjalanan.
Kali ni kami cuba jalan Kemaman. Memang banyak beza.
Yang menariknya, kami dapat lihat juga keunikan
pantai di sini. (walaupun tak sempat turun..dek kerana hujan lebat!)
Sempat juga kami singgah di gerai kraftangan tempatan. Cantik..
Kali ni kami cuba jalan Kemaman. Memang banyak beza.
Yang menariknya, kami dapat lihat juga keunikan
pantai di sini. (walaupun tak sempat turun..dek kerana hujan lebat!)
Sempat juga kami singgah di gerai kraftangan tempatan. Cantik..
Sampai di Kemaman ada request utk beli keropok losong dan satar. Keropok lekor kami dah beli awal-awal lagi..tapi berpusing jugak utk cari satar. Maklumla, waktu tu dah pukul 7.00 mlm..mujur ada lagi!
Alhamdulillah, sampai di Kuantan lebih kurang pukul 8.30 malam. Waktu tu masing-masing baru nak makan malam. Memang langkah kanan!!
Memang perjalanan yang jauuhhh dan memenatkan! Tapi saya betul-betul gembira..
No comments:
Post a Comment